PROFIL SMK KEM TERENDAK



SEJARAH PEMBUKAAN KEM TERENDAK

SMK KEM TERENDAK terletak di dalam kawasan tentera iaitu Kem Terendak, di Sungai Udang, Melaka.  Nama asal kem ini ialah Fort George.  Ia telah dirasmikan oleh Jeneral Sir Francis Fesling, Komander Angkatan Tentera Timur Jauh pada 17 Jun 1958.  Dalam satu pertemuan Perdana Menteri Pertama, YTM Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj dengan MV Duncan Sandy, nama kem ini telah ditukar kepada Kem Terendak bersempena dengan nama bukit yang terdapat di kawasan tersebut.

Kem Terendak telah dibina pada tahun 1957 oleh Kerajaan Komanwel untuk unit ketenteraan Briged ke-28 Komenwel dan Unit Penyelidikan Strategik (SEATO).  Briged Komenwel terdiri dari satu battalion tentera British, satu battalion tentera Australia, satu batalion Askar Melayu (Malaysia), satu kompeni tentera New Zealand dan beberapa unit bantuan tentera Malaysia. 

Mereka berada di Malaysia selama 12 tahun iaitu sehingga tahun 1969.  Tujuan penempatan mereka ialah untuk membantu menjaga keamanan Malaysia daripada ancaman pihak komunis sebaik sahaja Malaysia merdeka pada tahun 1957.  Mereka telah membawa bersama keluarga masing-masing ke dalam kem ini.  Anak-anak mereka juga telah mendapat pendidikan di sini.


SEJARAH SEKOLAH

Dalam tahun 1963, pihak Komenwel telah mendirikan sebuah sekolah di dalam kem ini yang dinamakan SLIM SCHOOL.  Ia digunakan untuk pendidikan anak-anak tentera Briged Komenwel dan ditadbirkan oleh kerajaan Komenwel. Perasmian sekolah telah dilakukan oleh Brigedier Jeneral T.D.H Mc Meekin O.B.E pada 10 Februari 1965.

            Pada tahun 1972, SLIM SCHOOL telah diserahkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan dinamakan SMK Kem Terendak.  Oleh kerana terletak di dalam kem tentera, ia telah ditadbiran oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pertahanan Malaysia.  Inilah yang membezakan SMK Kem Terendak dengan sekolah-sekolah lain di Negara ini dan menjadikan ia sangat unik.  Contohnya, asrama puteri ditadbirkan oleh Kementerian Pelajaran manakala Asrama Putra pula ditadbir oleh Kementerian Pertahanan.  Setiap tahun juga, beberapa infrastruktur  telah dibiayai oleh Kementerian Pertahanan.


 





LATAR BELAKANG SEKOLAH

            Nama                                 : SMK KEM TERENDAK
            Alamat                              : 76200  KEM TERENDAK, Melaka
            Tarikh ditubuhkan             : 01 Januari 1972
            Kod                                   : MEE0094
            Gred                                  : A
            JPN                                   : Jabatan Pelajaran  Melaka                         
            Kawasan Parlimen : Tangga Batu
            Majlis Perbandaran           : Alor Gajah
            No. Telefon                       : 06-3571126
            No. Fax                             : 06-3573775         
            Laman Web                       : http://smkkt.mmu.edu.my/
            Luas Kawasan                   : 16 Ekar ( 6.475 Hektar)
            Peringkat                           : Menengah Rendah dan Atas
                     Bahasa Pengantar                : Bahasa Melayu
                       JUMLAH BESAR  SKPM 2013      : 94.8%   
                    SKOR KOMPOSIT                         : 63.53                          
                    GPS SPM                                         : 4.24
       RANKING SEKOLAH                    : 807/2275            

Dari segi geopolitik, kem dan sekolah ini terletak di dalam Mukim Sungai Udang, Dewan Undangan Negeri Sungai Udang dan Parlimen Tangga Batu.  Jaraknya ke Sungai Udang ialah 4 km, ke bandar Masjid Tanah 15 km dan ke bandar Melaka pula ialah 25 km.  Lokasinya pula berhampiran dengan pantai yang indah dan berdekatan pula dengan beberapa pantai pelancongan yang terkenal seperti Pantai Tanjung Bidara dan Pantai Padang Kemunting.
            Keunikan sekolah ini ialah pelajar-pelajarnya berbilang kaum dan mewakili penduduk seluruh negara.  Konsep 1 Malaysia yang diwar-warkan oleh Y.A.B Perdana Menteri sebenarnya telah lama wujud di SMK Kem Terendak.  Pelajarnya terdiri daripada pelbagai kaum dan suku kaum Sabah-Sarawak seperti Iban, Kedayan, Kadazan dan Dusun.
            Sekolah ini mempunyai dua buah asrama iaitu Asrama Puteri dan Asrama Putera.  Setiap satu asrama boleh menempatkan 100 penghuni.  Kebanyakan penghuni asrama terdiri daripada anak-anak anggota tentera dan anak bekas tentera yang berkhidmat di dalam dan luar negeri Melaka.
Reka bentuk sekolah ini memang berbeza dengan sekolah-sekolah lain.  Ini mungkin disebabkan pembinaannya dibuat berdasarkan keperluan anak-anak tentera Komanwel (orang Inggeris).  Setiap kelas bersaiz sederhana yang hanya boleh memuatkan 25 - 30 murid sahaja.  Semua kelas , pejabat dan dewannya dilengkapi dengan  penghawa dingin berpusat. Pada peringkat awal penubuhan sekolah ini, dewan sekolah telah digunakan sebagai panggung wayang. 
Namun, setelah diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, beberapa perubahan telah dibuat.  Kelas-kelas telah diubah-suai supaya dapat menampung sehingga 40 murid.  Kemudahan penghawa dingin terpaksa dihentikan kerana kos elektrik dan penyelenggaraan yang tinggi.  Bangunan tambahan dan bangunan baru juga telah didirikan bagi menampung bilangan murid yang semakin meningkat. 
            Semenjak penubuhan SMK Kem Terendak, seramai empat belas orang pengetua telah mentadbir sekolah ini.  Berikut adalah pengetua-pengetua yang telah berkhidmat di sekolah ini ;

Bil
Pengetua
Tempoh
1
Tuan Haji Mohd Junid Bin Mohd Ali
Januari 1972 hingga Disember 1979
2
Encik Yap Choon Wah
Januari 1980 hingga April 1986
3
Encik Othman Bin Rejab
April 1986 hingga Disember 1988
4
Encik Mahinder Sing
Januari 1989 hingga November 1991
5
Encik Baharom Bin Mansor
November 1991 hingga Nov 1995
6
Encik Ali Bin Hj. Amat
November 1995 hingga Januari 1998
7
Encik A. Hamid Bin Abdul
Januari 1998 hingga April 1998
8
Tuan Haji Baharom Bin Mansor
Mei 1998 hingga Dis 2001
9
Puan Hajah Hapsah Binti Ismail
Jan 2002 hingga Dis 2006
10
Encik Osman Bin Sagap
Jan 2006 hingga Mei 2008
11
Tuan Haji Shaari Bin Husin
Jun 2008 hingga Mei 2009
12
Puan Hajah Salamah Binti Hashim
Jun 2009 hingga Jan 2011
13
Tuan Haji Mohd.Ghazali Bin Ahmad
Jan 2011 hingga Feb 2014
14
Puan Azimah Binti Ahamad
Feb 2014 sehingga 2015
15
Encik Amran bin Abdul Sukor
Ogos 2015 hingga kini

8 comments:

  1. Saya pernah menjadi pelajar di Sekolah Menengah Kem Terendak dari tahun 1990 hingga 1994. Dan pada masa yang sama, saya merupakan penghuni Asrama Putera Angkatan Tentera (APAT)..

    ReplyDelete
  2. Adakah subjek pelajaran Sains Rumah Tangga dipelajari oleh murid2 di sekolah itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemahiran hidup bersepadu = 1. ERT (Ekonomi Rumah Tangga)
      2. KMT (Kemahiran Manipulatif Tambahan)

      Delete
  3. Saya pernah menjadi pelajar sekolah ini pada tahun 1985, ketika itu Tingkatan 1.Arwah Abah saya bertugas diunit 3 Rejimen Renjer DiRaja.

    ReplyDelete
  4. Saya pernah menjadi murid di sekolah ini pada tahun 1995 - March 1998,dan juga menjadi penghuni asrama puteri.Ini menjadikan salah satu kenangan terindah di zaman persekolahan yang telah saya lalui.

    ReplyDelete
  5. Saya pernah tinggal di kem terendak sejak dari kecil dan bersekolah di tadika,srkkt dan smkt sehingga form 3 tahun 1989, saya juga meruoakan seorang pengawas disitu. Sebuah sekolah yang banyak tinggalkan kenangan manis pada saya dan juga punyai pelbagai bangsa dan kaum. Salam sayang dan rindu buat semua guru2, rakan2 dulu dan sekarang❤

    ReplyDelete
  6. Sy pernah sekolah Disini pada 2001 dn sy Ingin mencari sahabat saya norzuzailia bt zazali hubungi sy 0107763945

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete